Want your
own Fotopage?









 
Eida Fotopages

By: Rohaida Mokhtar

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
[<<  <  [1]  2  >  >>]    [Archive]
Tuesday, 16-Dec-2008 01:38 Email | Share | | Bookmark
Majlis Perkahwinan di Kedah

Makan Adab
My cousin NoorLiza
Mum,Pengantin,dad & my nephew Azim.
Safwan & munirah
Atas Ferry gi Penang
Eida & anak sedara Azim
Lebih kurang pukul 5.00 pagi bertolak dari Nilai ke Kulim.Sampai di Kulim terus ke rumah mertua adik Eida.Lepas bersiap lebih kurang pukul 1.00 tengahari per gi ke rumah mak saudara Eida.Cuaca panas terik hmm rasa nak pengsan pun ada.Kat majlis ni Eida asyik sibuk ambik gambar orang jer sampai terlupa ambik gambar sendiri.

Care to comment?


Thursday, 16-Oct-2008 07:09 Email | Share | | Bookmark
Aidil Fitri 2008

juadah raya
kuih raya
dengan jiran sebelah
Abah,Zalie dan jiran
raya ke 4
Anak cousin Khaira
View all 9 photos...
Tahun ni beraya kat Nilai.Nasib baik ada jiran yang tak balik kampung meriah ler jugak.Lepas sembahyang raya jer jiran terus datang rumah,ni gambar yang mana sempat ambik jer.

Da, byk kuih nmpk? tapii.... yg kacang goreng tu.. cam sama jer ngan kak ja punya, dr kilang yg sama kot! Sun 9-Nov-2008 09:27
Posted by:Kak Ja balkis_basir@yahoo.com
mmg dr kilang kacang tu pun hehehe Mon 10-Nov-2008 07:37
Posted by:eida
Add comment


Friday, 22-Aug-2008 07:12 Email | Share | | Bookmark

Penat nyer relax jap aaa
 
 
View all 6 photos...
Cepat sungguh masa berlalu,bulan depan anak sedara Eida,Azim Haiqal dah setahun.Sekarang makin lasak.Mentang-mentang dia sorang kenkadang tu manja tu lebih sikit terutama dgn Atok & Wan.Sekarang ni Azim dah boleh berjalan sesikit dan cakap satu dia patah perkataan.Adik Eida punyalah excited dan siap belikan Azim baju raya,tahun lepas beraya Azim baru sebulan tahun ni Azim dah setahun.


Care to comment?


Friday, 15-Aug-2008 02:52 Email | Share | | Bookmark
Kawan Baik

Eida & Iza
Eida & Kak Ah
Kak Ja
Muzakarah dan Iza Mastura dua nama yang takan lupa sampai bila-bila kawan tika susah & senang.Bukan nak jumpa kawan yang benar-benar jujur dan ikhlas.Dua org kawan baik Eida.Kak Ja atau Bazarina juga dah mcm kakak sendiri dan tak dinafikan kakak yg paling best.Kakak yang byk beri nasihat dan setia mendengar keluhan hati Eida.Kenkadang ada yg berbaik dengan kita hanya dengan sebab tertentu.Buat Kak Ja,Muzakarah atau Kak Ah dan Iza,terima kasih kerana menjadi kawan dalam erti sebenar.

Cinta & Kawan


Satu hari CINTA & KAWAN berjalan dalam kampung...
Tiba-tiba CINTA terjatuh dalam telaga...
Kenapa??
Kerena CINTA itu buta...
Lalu KAWAN pun ikut terjun dalam telaga...
Kenapa??
Kerena... KAWAN akan buat apa saja demi CINTA !!
Di dalam telaga CINTA hilang...
Kenapa??
Kerena... CINTA itu halus, mudah hilang kalau tak dijaga, sukar dicari
apa lagi dalam telaga yang gelap...
Sedangkan KAWAN masih lagi tercari-cari dimana CINTA & terus menunggu..
Kenapa??
Kerana... KAWAN itu sejati & akan kekal sebagai KAWAN yang setia...
kan ??
so, hargai lah KAWAN kita selagi kita terasa dia BERERTI....


Care to comment?


Friday, 11-Jul-2008 00:21 Email | Share | | Bookmark
Balik Kampung

Sawah Padi tgh menghijau
Tanjung Dawai
Rumah Arwah atok
View all 4 photos...
23hb Jun ari tu gi Sungai Petani.Banyak kenangan kat sini,ada gak lalu depan sekolah Eida dulu,Sek.Men.Ibrahim.Masa lalu depan sekolah tu apalagi teringat ler kenangan dulu-dulu.Sekarang ni adalah beberapa org kawan sekolah yg Eida dapat hubungi semula dan masih lagi mencari kenkawan lama.Abis jer SPM terus terputus hubungan sampai ler tahun 2007,Eida dapat tahu tentang Ibrahim School yahoogroup.Eida balik ke kampung di Singkir.Rumah Arwah atok Eida pun dah separuh dirobohkan dan Pak Tam dah bina rumah baru kat depan rumah lama tu.
Mak Tam lak jamu Laksa Kedah yang susah nak jumpa yang sedap kat Nilai.Apalagi lepas geram ler ,asyik makan jer Eida masa kat kampung.Makan durian kampung,gi medan ikan bakar kat Tanjung Dawai.Masa berlalu terlalu cepat ,sampai masa Eida balik ke Nilai.Kalau kat Nilai,tak da pemandangan sawah padi yang terbentang luas tapi pemandangan kain pasang yang tergantung kat Nilai Square tu dengan banner diskaun sampai 85%.

sedapnya pekena laksa kedah ni...terasa rasa lak sedapnye kuah laksa ni.. Fri 11-Jul-2008 07:14
Posted by:shariza mamanurin2002@yahoo.com  - [Link]
Untuk Khidmat Perancang Perkahwinan, Andaman, Pelamin, Sewaan Kostum, etc, layari http://archa-wed.cjb.net atau hubungi - Papa Li 012-335 5881 atau Adeq 012-299 1770.

Kami berpengalaman lebih 10 tahun menyediakan khidmat wedding planner (Malay, Chinese, Indian, etc), pelamin perkahwinan, andaman pengantin, Hiasan Dewan, Fotografi, Kursus Tatarias & Grooming.



- Rakan Strategik Bersama -

SiKecik Photography Service
Photographer for - Engagement - Wedding - Events - etc -
http://sikecik.fotopages.com
Fri 11-Jul-2008 23:32
Posted by:Archa Wedding Planner  - [Link]
Nice pix.. lenkali.. letak gambo pemandangan bebanyak.. Fri 25-Jul-2008 15:26
Posted by:Kak Ja balkis_basir@yahoo.com
Add comment


Friday, 4-Jul-2008 12:00 Email | Share | | Bookmark
Majlis perkahwinan Noni di Muar

Majlis pernikahan Noni
Majlis persandingan Noni
Eida & Noni
14hb March 2008 tarikh bersejarah bagi kawan Eida,Noni apabila selamat diijabkabulkan dgn Hafiz.Alhamdulillah semuanya berjalan lancar dan majlis perkahwinan Noni pada 15hb March 2008 memang meriah.EIda,Kak Yus & Atie hadir di majlis pernikahan dan persandingan Noni.Ramai gak kenkawan tempat keje termasuk ler boss Eida,Mr.Kawai yang pertama kali lihat majlis perkahwinan org Melayu

hahaha pengantinnya dah lapuk...apapun tks bebanyak datang majlis saya..nanti saya ngan husband gi majlis akak ujung tahun ni kan? hehehe jgn tunggu lama-lama tau. Fri 18-Jul-2008 08:47
Posted by:Noni
majlis akak bila tu biarlah rahsia hehehe Thu 31-Jul-2008 09:00
Posted by:eida
Add comment


Friday, 4-Jul-2008 02:33 Email | Share | | Bookmark
Bowling Nilai Spring Golf Club

Eida & Chin
 
Kodaka san yang anjurkan bowling ni sebelum beliau balik ker Jepun.Pertama kali Eida sentuh bola bowling apalagi ke longkang ler jawabnyer.Oleh kerana tak tahan tengok asyik ke longkang jer perginya Kawai san (boss besar) sudi jadi coach pastu baru improve.Kodaka san bermurah hati buat lucky draw barang-barang miliknya.Dah tuah Eida kot ari tu,Eida dapat Panasonic Juice Extractor.

Care to comment?


Friday, 4-Jul-2008 02:01 Email | Share | | Bookmark
Jenjalan kat Pangkor

4 sekawan
Bersantai
Tgh tunggu bot
View all 6 photos...
Cuti Deepavali tahun 2007 Eida dan kenkawan jenjalan ker Pulau Pangkor.Boleh dikatakan ini last trip kami berempat sebab lepas pada trip ni Noni akan berkahwin,masa kat Pangkor ni kiranya tgh bercintan-cintun ler dgn suami dia skrg.Yang paling best dapat gi round pulau,snorkeling walaupun Eida ni tak tahu berenang tapi redah jer.Eida beruntung ada kawan mcm Noni,At & Kak Yus,byk kenangan dengan dorang.

Kak, rasa mcm nak balik zaman tu..skang ni kena rantai..nak jalan pun kena ngan husband...rindu sgt nak naik bas kita berempat macam dulu..kalau dah berempat makan aje kan? yang selalu tukang DBKL saya ngan AT ler.. Fri 18-Jul-2008 08:42
Posted by:Noni
hhehehe mmg Noni dgn AT sumer sapu bersih,nak wat camner takper lepas n kita buat family day ler pulak. Mon 21-Jul-2008 01:14
Posted by:Rohaida mrohaida@yahoo.com
Add comment


Thursday, 3-Jul-2008 09:50 Email | Share | | Bookmark
Trip to Langkawi

Terminal Seremban-tgh tunggu bas
tunggu giliran naik kete kabel
Dalam cable car
View all 5 photos...
Masa bercuti ker Langkawi ni nasib baik ler dapat hotel maklumlah time tu lak cuti tahun baru Cina.Eida & frenz stay kat Langkawi Baron Hotel.Yang paling best jalan kaki jer gi tempat shopping.Sampai sana kitaorg sewa kete kancil.Masa kat Langkawi Cable tu seram gak tapi saja jer maintain,punyalah seronok Eida,Kak Yus & Noni gi kat Jambatan Gantung,AT lak siang-siang dah cakap tak nak gi kat Jambatan gantung tu.Masa turun tangga tu laju ler cam terer ler konon tapi bila nak panjat balik,rasa cam nak tercabut kaki ni .Malam masa kat bilik AT ler jadi mangsa kena urut kaki Eida

masa tu best sgt. kalau ler kita kenal lama mesti dah satu msia kita dah jalan kan? Fri 4-Jul-2008 01:01
Posted by:Noni
Yelah kalau tak dah abis satu malaysia kita redah. Fri 4-Jul-2008 02:31
Posted by:Rohaida mrohaida@yahoo.com
wa jeles.. Fri 25-Jul-2008 15:37
Posted by:Kak Ja balkis_basir@yahoo.com
Add comment


Thursday, 3-Jul-2008 09:39 Email | Share | | Bookmark
Cuti-cuti Malaysia - Kuantan

Posing kat Teluk Cempedak
AT,Noni & Kak Yus
Eida & frenz gi Kuantan dah lama tahun 2006.Selalunya kalau gi jalan memana mmg kami berempat Eida,AT,Noni & Kak Yus.

Care to comment?


[<<  <  [1]  2  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.